Mengapa Perlu Website?
Transformasi pengurusan masjid ke arah lebih efisien, telus, dan mesra jemaah.
Pusat Informasi Setempat
Jemaah tidak perlu lagi tertanya-tanya tentang waktu solat, kuliah, atau program terkini. Segala maklumat boleh diakses di hujung jari, bila-bila masa.
Kemudahan Infaq & Derma
Paparkan akaun bank masjid atau QR Pay untuk memudahkan orang ramai menyumbang secara terus tanpa ragu-ragu tentang kesahihan nombor akaun.
Kredibiliti & Imej Profesional
Tingkatkan keyakinan orang awam terhadap pengurusan masjid. Masjid dengan laman web rasmi dilihat lebih telus dan cekap.
Tarik Minat Golongan Muda
Generasi muda lebih selesa mencari maklumat secara dalam talian. Dekati mereka melalui medium yang mereka guna setiap hari.
Siapa Di Sebalik MOSQ?
MOSQ dibangunkan oleh pasukan profesional web yang juga mengendalikan Lamanify, sebuah agensi reka bentuk web dalam sektor kesihatan.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial, MOSQ diwujudkan untuk membantu masjid mempunyai kehadiran digital yang profesional tanpa kos.