MOSQ CLOUD

Fungsi & Ciri-Ciri

Terokai keseluruhan keupayaan papan pemuka MOSQ CLOUD yang direka khas untuk memudahkan pengurusan digital masjid anda.

01

Papan Pemuka

Pusat kawalan utama untuk menguruskan keseluruhan operasi digital masjid anda. Lihat statistik pengunjung, pintasan modul, dan ringkasan aktiviti terkini dalam sekali imbas.

  • Paparan statistik laman web masa nyata
  • Pintasan pantas kreasi Pengumuman, Aktiviti & Tabung
  • Kemaskini info waktu solat automatik dari JAKIM
Ketahui Lebih Lanjut
02

Pengumuman

Sampaikan berita rasmi, hebahan penting dan kemas kini aktiviti kepada jemaah menerusi sistem penerbitan berita yang tersusun dan kekal di atas talian.

  • Rich text editor sokongan tajuk & senarai
  • Pengkategorian (Umum, Aktiviti, Kewangan dll.)
  • Pautan mesra SEO dijana secara automatik
Ketahui Lebih Lanjut
03

Aktiviti & Acara

Pusatkan jadual program ceramah, majlis dan aktiviti komuniti di satu tempat. Jemaah boleh melihat acara mendatang serta arkib aktiviti yang lalu.

  • Tarikh, masa, lokasi & tetamu jemputan
  • Sistem poster dengan pemampatan automatik
  • Susunan acara mendatang dan arkib
Ketahui Lebih Lanjut
04

Tabung & Kempen

Kutipan dana yang lebih telus. Terbitkan sasaran infaq dan tabung sedekah jariah bersama laporan kemajuan projek yang boleh disemak umum.

  • Progress bar kutipan sumbangan automatik
  • Log perkembangan kronologi projek
  • Sokongan integrasi pautan pembayaran
Ketahui Lebih Lanjut
05

Senarai AJK

Paparkan carta organisasi jawatankuasa masjid secara interaktif supaya jemaah mudah mengenali dan merujuk barisan pengurusan kariah.

  • Profil foto dan nama jawatan setiap AJK
  • Susunan hierarki drag-and-drop
  • Kemas kini mudah tanpa kemahiran teknikal
Ketahui Lebih Lanjut
06

Imam & Bilal

Senarai profil pegawai agama dan asatizah masjid yang berasingan dari AJK pentadbir, dikhususkan untuk paparan komuniti.

  • Panel berasingan daripada AJK Pentadbir
  • Profil foto dan peranan (Imam / Bilal)
  • Hierarki tersendiri untuk asatizah
Ketahui Lebih Lanjut
07

Jadual Bertugas

Penjadualan Imam dan Bilal bagi lima waktu solat harian secara digital. Sokongan khas Tarawih semasa Ramadan serta fungsi salin jadual automatik.

  • Grid jadual 5 waktu solat + Tarawih
  • Navigasi kalendar mingguan interaktif
  • Salin tugasan ke seluruh minggu dengan satu klik
Ketahui Lebih Lanjut
08

Paparan Digital

Transformasi Smart TV masjid menjadi paparan pintar dengan jam waktu solat, slaid poster dan teks berjalan (ticker) yang dikawal dari aplikasi.

  • Jam analog/digital segerak dengan JAKIM
  • Karusel poster aktiviti automatik
  • Ticker tape peringatan di bahagian bawah skrin
Ketahui Lebih Lanjut
09

Tetapan

Selaraskan profil awam masjid, zon waktu solat JAKIM, pautan media sosial rasmi serta polisi privasi dari satu pusat kawalan.

  • Penetapan kod wilayah zon JAKIM
  • Penukaran logo dan identiti masjid
  • Integrasi Facebook, YouTube & Instagram
Ketahui Lebih Lanjut
10

Pengurusan Pengguna

Kawal selia akses pentadbir papan pemuka. Jemput rakan AJK untuk bekerjasama tanpa perkongsian kata laluan universal.

  • Jemputan pentadbir baharu melalui emel
  • Level akses berbeza (akan datang)
  • Sesi log masuk sekuriti terkini
Ketahui Lebih Lanjut

Sedia Mencuba MOSQ CLOUD?

Sertai beratus masjid lain yang telah memanfaatkan platform ini untuk kemudahan jemaah kariah.

Hubungi Kami