Tabung & Kempen
Kutipan dana lebih tuntas dan pantas. Terbitkan senarai sasaran infaq dan tabung sedekah jariah di satu tempat bersama maklumat laporan.
Gambaran Keseluruhan
Pupuk amalan memberi berlandaskan laporan pencapaian sumbangan teratur. Bar kemajuan (progress bar) dan diari kronologi projek tabung menanam keyakinan pelawat.
Penetapan Sasaran Tabung
Setiap kempen didatangkan dengan penetapan sasaran jumlah sumbangan RM beserta paparan pengiraan bar secara automatik dan progres terkini.
Pelbagai Format Kutipan
Menyokong perletakan pautan sebarang format url pembayaran seperti FPX pihak ketiga, platform crowdfunding ataupun nombor bank peribadi masjid.
Kemaskini Kemajuan (Log Updates)
Boleh menambah diari perkembangan hasil daripada sumbangan derma secara berkaligus membentuk timeline kronologi pembinaan/kutipan.
Sistem Poster
Pengurusan muatnaik fail imej utama khusus untuk poster Tabung infaq tersebut sebelum pelawat dibawa ke pembayaran.
Manfaat Utama
Ketelusan sumbangan melahirkan penyumbang yang sentiasa akan terus menyokong kariah.
Meningkatkan Kepercayaan
Kutipan sumbangan yang mempunyai sasaran progresif amat dipercayai jemaah dengan wujudnya garis masa laporan kerja yang telus dan boleh disemak umum.
Mesra Sumbangan Digital
Memudahkan transisi derma ke alam maya dengan mengintegrasikan pautan kepada penyedia laman sumbangan luar dan bank internet jemaah secara terus.
Motivasi Jemaah Menderma
Jemaah digalakkan menderma apabila dapat melihat peratus pencapaian semasa dan kesan sumbangan mereka kepada sesuatu projek itu dengan jayanya.
Sedia Mencuba MOSQ CLOUD?
Sertai beratus masjid lain yang telah memanfaatkan platform ini untuk kemudahan jemaah kariah.